Tuesday, 5 February 2013

UNTUNGNYA MENJADI PEREMPUAN :)

Assalamu'alaikum , sahabat . .

Hari nie aku nak share ngan korang pasal untungnya kita menjadi perempuan , yang lelaki jangan jealous yew , memang cerita nie pasal perempuan jew >,< , kenapa untung ? Mungkin ada yang cakap 'perempuan banyak benda yang kena jaga , mesti sopan santun , kena tutup seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan , lecehh laa' . . haa , tak leceh pon , meh baca kat bawah nie .

Paras rupa perempuan cantik , tak bersolek pon cantik (ciptaan Allah semuanya cantik-cantik kan , subhanAllah) .
Perempuan wajib taat kepada lelaki (suami) tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang perempuan ? 
Perempuan menerima pusaka  kurang daripada lelaki (suami) tetapi hartanya itu menjadi milik peribadi dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya . Manakala , lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak .
Perempuan (ibu) bersusah payah mengandung dan melahirkan anak , tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan , malaikat dan semua makhluk ALLAH di muka bumi ini . 
Perempuan (isteri) yang taat kepada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH , akan menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata . 
Di akhirat kelak , tanggungjawab seorang perempuan ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu suami , ayah , anak lelaki dan saudara lelakinya .


Sebaik-baik perhiasan adalah perempuan solehah :)


Sumber : Novel Kerana-MU Aku Berubah .


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

No comments:

Post a Comment

Sia Tinggalkan Komen Anda , Terima Kasih :)