Thursday 31 January 2013

JADILAH SEPERTI POHON SEMALU .

Assalamu'alaikum , korang mesti ada hobi kan ? Setiap orang ada hobi mereka tersendiri . Pada pendapat aku , HOBI merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan bagi mengisi masa lapang , ini pendapat aku ok , kalau tak boleh diterima takpew  , salah satu hobi aku ialah membaca majalah , aku suka baca majalah bila ada masa lapang , eh eh , sebenarnya bukan nie yang aku nak share ngan korang , hehe , hari tuw aku baca Majalah Usrati , baca punya baca , sampai la kat satu isu nie , tajuk dia 'Wahai Wanita , Jadilah Pohon Semalu' , memang menarik , meh baca kat bawah nie .

Jom kita jadi macam pohon semalu :)

Pada suatu hari , Rasulullah SAW berjalan bersama puteri baginda , Sayidatina Fatimah (rha) . Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar (kurma) , Fatimah terpijak pohon semalu , kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan . Fatimah mengatakan kepada bapanya "Apalah gunanya pohon semalu itu dijadikan ?" , Rasululah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya "pohon semalu itu sangat berkait rapat dengan wanita" . Mendengar jawapan itu , Fatimah terkejut . Rasulullah menyambung kata-katanya lagi "Semua wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat sudut :

Pertama , pohon semalu akan menguncup apabila disentuh . Ia diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya) .

Kedua , pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya . Oleh itu , wanita perlu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim .

Ketiga , semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi . Ini bermakna wanita solehah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah .

Akhir sekali , semalu akan menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang . Oleh itu , wanita sekalian , kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja .

Sumber : Majalah Usrati .


Semoga kita mengambil pengajaran dari pohon semalu , peringatan buat diriku dan dirimu jua :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

Wednesday 30 January 2013

A GREAT DAY ! :)

Assalamu'alaikum , wahai kaum adam dan kaum hawa .

 Bila aku da mula berbicara , diamlah kamu dan teruskan membaca . . hehe xD ( hanya bergurau ) Hari nie . . aku letih sangat , kaki nie lenguh lenguh weyh , penat beno berjalan . Nak tahu kenapa aku letih sangat ? ? ? Meh baca nie .


Semalam aku ngan kakak aku da plan nak pergi shopping , jadi , seperti apa yang dirancang , hari nie kitorang pun pergi shopping , alahai ~ di Kenanga Wholesale Centre (KWC) jew pun , aku memang suka sangat pergi tempat nie , sebab . . harga dia murah , boleh dapat harga borong , agy pun banyak pilihan , memang rambang mata la kalau aku pergi sini , semuanya nak beli . Selepas dua jam ber'shopping' , kakak aku nak pergi Berjaya Times Square pulak , kitorang pun jalan kaki sampai kat Stesen LRT Hang Tuah , nak turun kat Stesen LRT Imbi , satu stesen jew pun , tapi da tak larat nak jalan agy , lebih baik naik LRT sebelum aku pengsan kat situ .

Bila sampai kat Berjaya Times Square , kitorang pergi makan kt food court , macam biasa la , aku order Sizzling Chicken Mushroom Yee Mee , makanan kegemaran aku :D , lepas makan tuw jalan agy , tengok kasut la , handbag la , selagi ada duit dalam poket , selagi tuw la nak membeli jew , tengah usha usha kedai kasut tuw , kakak aku ternampak Mz.Nina Bakery Cafe , kitorang pun masuk la cafe tuw , haa . . tang nie la yang aku nak sangat kongsi dengan korang .

Mz. Nina Bakery Cafe at Berjaya Times Square .
 Layanan diorang kat sana , memang first class *thumbs up* , kitorang ambil Set Tea Time tadi , set nie boleh guna dari pukul 3.00 - 7.00 petang jew . Harga pun berpatutan , RM14.90 jew , memang superb !



























































Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

BLOG PERTAMAKU .

Assalamu'alaikum , aku baru jew buat blog nie semalam ( baca elok elok ) . . BARU BUAT , haihh~ ketinggalan zaman kah aku ? Hehe xD . Sebenarnya da lama aku nak buat blog , tapi kan . . tapi . . aku takde masa nak update post , lagi lagi masa tuw aku nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , busy sikit . . BUSY  laa sangat -..- .

Masa aku nak sign up kat www.blogspot.com , muka aku macam nie haa weyh . .

Duduk depan laptop , excited xD

Maklum laa , orang baru cuba sesuatu yang baru memang begini kan , apa apa pun , aku harap kau , awak , kamu dan anda rajin berkunjung kat blog aku nie , singgah laa lima minit , aku nak kongsi cerita , hehe ,  kunjungan kau , awak , kamu dan anda amat d alu alukan , terima kasih : )



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)