Monday 18 February 2013

Jom Berubah ! :)


Jom kita berubah daripada kurang baik kepada baik dan daripada kurang baik kepada yang lebih baik .




Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah . Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau memandangnya , akan menggembirakanmu , apabila engkau perintah , dia taat dan apabila kau tiada dia akan menjaga hartamu dan kehormatan dirinya .

"Wahai anakku Fatimah , adapun perempuan perempuan yang digantung rambutnya hingga mendidih otaaknya di dalam neraka ialah mereka yang ketika di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat lelaki yang bukan mahramnya." (HR Bukhari dan Muslim)

Suara juga aurat .

"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa berurusan dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) , dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." - Surah al-Ahzab : 32

ADAKAH KITA SUDAH MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA ? 
Mari periksa satu persatu . .

TUDUNG :
Tudung mestilah labuh , menutup dada , tidak jarang dan tidak terlampau menarik perhatian orang . Tidak memakai sanggul tinggi yang begitu jelas kelihatan seperti bonggol unta .

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir" . (an-Nur: 31)

PAKAIAN :
Baju mestilah labuh , tidak jarang , longgar , tidak menampakkan bentuk badan dan tidak menggunakan warna yang terlampau terang . Lengan baju mestilah sampai ke pergelangan tangan .

PERHIASAN :
Perhiasan tidak boleh sehingga tabarruj .

KAKI :
Pakai sarung kaki . Tidak boleh memakai gelang kaki yang berbunyi dan kasut tumit tinggi yang mengeluarkan bunyi .




No comments:

Post a Comment

Sia Tinggalkan Komen Anda , Terima Kasih :)