Thursday, 28 February 2013

SEGMEN : Kenali Saya Purple Sweetyzhanieyz83 .


Tengah dok blogwalking ternampak pulak ada segmen baru nie , apa lagi . . jom join ! :D
Satu klik pada banner yew rakan blogger . .



Pesanan daripada penganjur :
Pemilihan pemenang 100% menggunakan cabutan bertuah .
Untuk blog paling cantik , 'beliau' sendiri yang pilih . . hanya satu pemenang sahaja untuk blog tercantik . *jom hias blog :D
 Tarikh Tamat Segmen : 30 Mac 2013 (sabtu)
   Jam 11.59 malam . .

Wednesday, 27 February 2013

Hobi baru ?


Sudah pasti setiap orang mempunyai hobi tersendiri . . hobi ? Apa yang korang paham tentang pekataan ini , H O B I ? Pada pendapat aku , hobi nie perkara yang kita lakukan untuk mengisi masa lapang , untuk menghilangkan tekanan , untuk mendapat keseronokan , untuk memenuhi minat . Dulu hobi aku dan adik-beradik nie haa . .

Bowling :)

Tapi , semalam kami da bertukar ke hobi baru . . *jeng jeng jeng* . Apa dia ? Cer teka cer teka ! HAHA xD Semalam kitorang pergi jalan jalan . . pergi Bukit Bintang sekejap , lepas tuw pergi Times Square . Tie tengah jalan jalan kat Times Square tuw , ada la akak akak dan abang abang yang promote tempat mereka , Stars Archery di sebelah Mc Donald . Mulanya memang kami tak nak main , sebab memang tak pernah . . tapi bila fikir balik . . tak salah kalau mencuba kan . Haa , aku da bagi hint da tuw . . tengok nama tempat pon da taw kan kan . .

Memanah :)
Memanah merupakan sunnah Rasulullah , pelbagai kebaikan / manfaat / faedah apabila kita memanah . Nak tahu apa dia ? Baca di bawah . .

KEBAIKAN MEMANAH :
Melatih emosi dan fizikal untuk fokus pada sasaran .
Melatih diri agar bersabar .
Melatih diri agar tidak mudah berputus asa .
Melatih diri agar ebih tenang dan tidak gopoh .

Kalau korang dapat atasi semua nie , korng boleh jadi pemanah yang baik , inshaaAllah . . Apa pulak hobi korang ? Cer komen . . nak taw gak:D


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

RASULULLAH


Nasyid Kumpulan Hijjaz , korang pernah dengar tak lagu nie ? Dulu masa kat sekolah rendah agama selalu nyanyi lagu nie , best taw , maii nyanyi sama sama ceq . .

Rasulullah dalam mengenangmu 
Kami susuri lembaran sirahmu 
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran 

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatku yang tercinta 
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu 
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu 
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan 
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam al-Quran

Rasulullah kami umatu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
ALLAH dan Rasul sebagai pembela



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

Saturday, 23 February 2013

SEGMEN : Song In My Heart .


 

Haii kawan-kawan , segmen kali nie bertajuk "Song In My Heart" , dianjurkan oleh Kak Sally , jika anda menggunakan Google Translate , ia bermaksud "Lagu Di Dalam Hati Saya" . . erti kata lain , bagi memudahkan anda memahami , lagu yang korang suka laa atau lagu yang doploh pat jam nak dengar atau lagu yang da sebati sangat dalam diri korang tuw . Haa ? Da paham ? So , jom kita buat entry untuk segmen nie :) Sebeno benonya banyak sangat taw lagu yang aku suka , tapi aku pilih satu jew laa yew . . 

Lagu yang aku suka sangat dengar ialah Lagu Asalkan Aku OK . . lagu nie dinyanyikan oleh Awi Rafael . Mungkin ada yang bertanya ,'Kenapa suka lagu nie ?' , 'Bagaimana boleh suka lagu nie ?' , 'Bila start suka kat lagu nie ?' . . *ecehh , mcam ada la orang nak tanya kan xD . Aku tak peduli *naikkan kening sebelah* , haha , aku tetap nak cerita jugaa , nak taknak korang teruskan jew membaca , *peace* .

Saya suka Lagu Asalkan Aku OK , nyanyian Awi Rafael kerana . . . 
Bila aku sedih , aku marah , bila dengar jew lagu nie , hati aku tenang . . walaupun lagu nie agak rancak , tapi lirik lirik dia sangat memberi maksud yang mendalam , ada jugak unsur unsur islamik . Maii kita tengok tang mana yang member maksud tuw . .
Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang 
Inilah kehidupan
Inilah kehidupan
Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu 
Inilah kehidupan 
Inilah kehidupan
Secara tak langsung . . ada jugak pengajaran dan nilai nilai murni yang boleh kita ambil dari lagu nie kan , kan . . cuba tengok tulisan yang aku underline tuw .

Hidup mewah tanpa berhutang :
Nak hidup mewah tak salah . . kalau kita mampu ok laa . Bagi yang tak mampu tuw , hidup bersederhana pon da cukup kan . . jangan terlalu nak ikut orang lain , sampai sanggup berhutang , ish ish ish *geleng kepala* .

Hati bersih tak lupa sembahyang :
Nak bermewah tak salah . . tapi jangan la sampai lupa nak sembahyang . Jangan terlalu taksub dengan dunia sampai tak ingat bekalan untuk akhirat .

Otak cergas tanpa menipu :
Perlu kew menipu ? Dapat apa bila menipu ? Puas ? Jujur lebih baik kan ? Walau apa pun keadaan kita , tak perlu la nak menipu . . takde faedahnyer punn , dapat dosa ada la . Remember , honest is the best policy !

Jangan marah-marah tak perlu begitu :
Haa . . jangan marah , nanti cepat tua . . berkedut kedut nanti , haha . Jangan marah , Allah kan sentiasa ada bersama kita , senyum sokmo ! xD

 Sekian saja dari saya . . alo alo , nak join jugak kew ? Klik pada banner yew awokk :)

Tamat pada : 26 Februari 2013 .

 

Aiskrim Goreng :)


Haa . . tuan tuan dan puan puan , resepi kita hari ini ialah Aiskrim Goreng . Bila sebut pasal aiskrim , haihhh ! Meleleh aiyakk liuq , HAHA . Sedapnyer makan aiskrim , lagi lagi time panas . . pekena aiskrim rasa lega jew tekak kan . Masa kitorang balik kampung hari tuw , singgah la dekat R & R , nampak ada satu kedai nie jual aiskrim goreng . . kecik jew , tapi satu = 2 hengget , berbaloikah ? Macam tak puas kan ~ jadi , kitorang search resepi kat pakcik google . . then semalam buat sendiri , baru la best kan , boleh makan puas puas . . save duit yew dakk , tak banyak modal yang diperlukan . 

AISKRIM GORENG




Friday, 22 February 2013

Saya Nak Header Doodle Part 1 .


Aku nak join segmen nie sebab . . . aku suke la sangat sangat ngn doodle . . hehe xD 
Nak join ? Klik pada banner ~ terima kasih :)


Thursday, 21 February 2013

Kuih Koci Pulut Hitam :)


Hari tuw makcik aku buat Kenduri Doa Selamat . . kami tak guna khidmat catering, malah kami masak beramai - ramai bersama keluarga , saudara mara , memang riuh la rumah nenek masa tuw . Jimat duit kan ? Bukan tuw jew , boleh merapatkan hubungan kekeluargaan juga . Makcik aku yang ajar buat kuih koci nie masa tuw . First time kan , rasa macam taknak berhenti woo . . HAHA . Sebelum aku membebel lebih panjang lagi , maii la kita tengok cara buat kuih koci pulut hitam nie .

KUIH KOCI PULUT HITAM

Gambar nie amek kat pakcik google , sebab masa tuw tak sempat nak ambik gambar .
 

300 g tepung pulut hitam .
100 g tepung pulut .
Garam (ikut citarasa masing-masing nak letak banyak mana)
Daun pisang secukupnya .

Bahan-bahan inti :
1/2 biji kelapa parut .
1/2 cawan gula merah .
Garam (ikut citarasa nak letak banyak mana)

Cara membuatnya : 
1 - Gaul bahan-bahan inti hingga sebati . Panaskan kuali dan masak inti . Angkat dan sejukkan .
2 - Bancuh tepung pulut hitam , tepung pulut dan garam . Uli sehingga adunan lembut . 
3 - Ambil sedikit adunan tepung . Gentel bulat dan leperkan . Letakkan inti dan bulatkan semula . Celupkan di dalam minyak masak dan bungkus menggunakan daun pisang . Kukus sehingga masak .

Nota :
Kami tidak menggunakan santan . Fungsi dicelupkan dalam minyak masak adalah bagi megelakkan kuih ini daripada melekat dengan daun pisang apabila siap kukus nanti .


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

ARWENDANISH GIVEAWAY -FM AUSSIE-


Wahhh ! Ada giveaway lagi laaa . . aku memang suka sangat bab bab hadiah nie , hehe xD Giveaway kali nie dianjurkan oleh Kak El . . syarat -syaratnya sangat la mudah . Hadiah dari luar negara pulak tuw , Australia woii . . tapi nak lima pemenang jew taw . Kak El pilih melalui random.com , mana la tahu ada rezeki kan . . belum cuba belum tahu , ada betoii ka ? xp

Nak join ? Klik pada banner :)
 

 Tarikh tutup penyertaan : 28/2/13 ,  jam 11.59 malam .

Tuesday, 19 February 2013

Utamakan Kesihatan ! :)

Berat badan da naik ? Tunggu apew lagi . . jom BERSENAM ! 
Bila sebut pasal bersenam . . mesti dalam fikiran 'untuk orang gemuk jew tuw , da kurus buat apew nak bersenam lagi ~' . Ish ishh . . ubah fikiran kita , sebab bersenam nie bukan hanya untuk orang gemuk yang nak kurus jew taw , banyak lagi kebaikannya . . baca kat bawah.


KEBAIKAN BERSENAM :
  • Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot .
  • Menguatkan otot jantung dan meningkatkan perjalanan sistem salur darah .
  • Membantu sistem penghadaman dan perkumuhan .
  • Meningkatkan koordinasi antara saraf dengan otot .
  • Mengekalkan berat badan ideal .
  • Menyumbang kepada postur dan penampilan diri .
  • eningkatkan produktiviti dari segi fizikal dan mental .
  • Mengawal penyakit kronik seperti diabetes , jantung dan hipertensi .
  • Menguatkan dan mengekalkan bentuk tulang dalam badan .
  • Mengurangkan risiko / osteoporosis .

1 , 2 . . 1 , 2 , 3 . . > <

See ! Kucing pon bersenam tahu . . nie pulak kita manusia , jangan ada penyakit M , sila buang penyakit M .
M = MALAS . Ehh . . sabar sabar . Jangan bersenam lagi . . meh baca dulu panduan bersenam . Kang tak pepasal patah seribu tulang korang tuw , amboii miela , ayat hiperbola ! Hehe xD


PANDUAN SENAMAN :
  • Memanas dan menyejukkan badan sebelum dan selepas bersenam .
  • Memakai pakaian yang ringan dan longgar .
  • Memakai kasut yang sesuai dan selesa .
  • Banyakkan minum air selepas bersenam .
  • Jangan bersenam jika anda berasa tidak sihat .
  • Jangan bersenam ketika cuaca panas , gelap atau adanya pencemaran udara .
  • Jangan bersenam dalam dua jam selepas makan .
  • Jangan mandi selepas bersenam , mandi setelah badan anda berasa sejuk dan peluh telah kering .
  • Berhenti segera jika anda berasa semput dan sakit dada ketika bersenam .

Are you ready ? Da baca semua sekali ? Ok , sekarang anda dibenarkan bersenam :D


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

Monday, 18 February 2013

Jom Berubah ! :)


Jom kita berubah daripada kurang baik kepada baik dan daripada kurang baik kepada yang lebih baik .




Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah . Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau memandangnya , akan menggembirakanmu , apabila engkau perintah , dia taat dan apabila kau tiada dia akan menjaga hartamu dan kehormatan dirinya .

"Wahai anakku Fatimah , adapun perempuan perempuan yang digantung rambutnya hingga mendidih otaaknya di dalam neraka ialah mereka yang ketika di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat lelaki yang bukan mahramnya." (HR Bukhari dan Muslim)

Suara juga aurat .

"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa berurusan dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) , dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." - Surah al-Ahzab : 32

ADAKAH KITA SUDAH MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA ? 
Mari periksa satu persatu . .

TUDUNG :
Tudung mestilah labuh , menutup dada , tidak jarang dan tidak terlampau menarik perhatian orang . Tidak memakai sanggul tinggi yang begitu jelas kelihatan seperti bonggol unta .

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir" . (an-Nur: 31)

PAKAIAN :
Baju mestilah labuh , tidak jarang , longgar , tidak menampakkan bentuk badan dan tidak menggunakan warna yang terlampau terang . Lengan baju mestilah sampai ke pergelangan tangan .

PERHIASAN :
Perhiasan tidak boleh sehingga tabarruj .

KAKI :
Pakai sarung kaki . Tidak boleh memakai gelang kaki yang berbunyi dan kasut tumit tinggi yang mengeluarkan bunyi .




Sunday, 17 February 2013

SHA SHA COLLECTIONS .

Sha Sha Collections merupakan jenama tudung .
 Jenama nie di inspirasikan oleh makcik aku , Puan Rogayah Binti Mamat

Peminat kain shifon ? Sha Sha Collections pilihan yang tepat !
Owning Full Shifon .












Sebenarnya banyak lagi warna yang ada , tapi aku tak sempat nak amek gambar , enam jenis nie jew la yang boleh dijadikan contoh . .

S : Berapa harga tudung nie ?
J : RM 50 . Kalau beli lebih dari 5 helai , boleh dapat RM 40 sehelai  . Kalau beli borong (10 dan ke atas) , boleh dapat RM 25 sehelai .


S : Nak beli dekat mana ?
J : Anda boleh dapatkan di Amisa Maju Enterprise yang terletak di Ampang Point , Selayang Mall dan Arked IbuKota . Bagi sesiapa yang ingin membeli secara borong , anda boleh dapatkan di Arked IbuKota . Maaf kerana kami belum menyediakan khidmat penghantaran . Terima Kasih :)

Saturday, 16 February 2013

SEGMEN REVIEW BLOG BY DJH .

 
Hari nie nak join segmen Diari Jejaka Hangat nie pulakk .
Aku harap dengan cara nie , lebih ramai lagi orang yang singgah kat blog aku dan baca entry entry aku .
Secara tak langsung boleh tingkatkan trafik kan . . korang nak join ? Klik pada banner .


WIDGET FOLLOWERS TELAH DIHAPUSKAN ?

Assalamu'alaikum .

 Alhamdulillah , persoalanku kini sudah terjawab ! 
Hari tuw ada blogger yang bertanya , kenapa dan mengapa aku tak ada 
widget follower (Google Friend Connect) ? Tak ada widget tuw macam mana nak follow kan ? 
Aku dah cuba seribu kali cuba , hamboihh , kemain lagi ayat aku . . tapi asyik ERROR jew .
Geledah punya geledah . . search sana sini dan akhirnya aku dah dapat jawapannya *gelak jahat* .

Kini gadget atau widget pengikut (follower) sudah tidak disertakan lagi, tetapi digantikan dengan widget baru dinamakan Google+ Follower. Ia sama kes dengan Google Friend Connect yang telah diberhentikan penggunaannya bermula Mac 2012 bagi blog.

Owhh . . *angguk angguk kepala* , patut la aku dok cuba asyik error jew .
Korang tak percaya ? Baca kat SINI .

Jadi , bagi sesiapa yang nak follow aku , korang nampak kotak macam nie kat sidebar aku kan ?


 Iyew murid murid . . ini lah namanya Google+ Follower , ok ok , da start berangan .
Korang tekan jew dekat Add to circles tuw , lepas tuw korang tick lah dekat mana mana pon .
Friends kew , Family kew , Acquaintances kew , Following kew , terpulang pada korang .
Ok , sekian ~

Nota :
Kalau korang taknak follow pon takpew , da cukup memuaskan bila korang rajin baca entry yang aku post , tujuan aku buat blog bukan untuk ada follower , tapi untuk berkongsi cerita ^ ^



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

Friday, 15 February 2013

Short Segmen : Syazana Mencari Bloglist .

Assalamu'alaikum .

Jom join segmen syazana , dia tengah cari bloglist . . nie short segmen pertama dia , 
lebih ramai yang join , pasti lebih meriah kan kan .


 

 http://1.bp.blogspot.com/-W_Q5A-mQ7xQ/UR05DU3J0nI/AAAAAAAAAmw/idhZJRd8_QE/s1600
 /anigif.gif

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 .

Assalamu'alaikum .
Entry kali nie pasal . . . . . . . . . . . . (sila lihat tajuk di atas , hehehe)



Sponsor :

Haa . . nak join tak ? Sponsor semua best best nie !
Kalau nak join tekan pada banner yew :) 
TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013 .

Mega Exclusive Giveaway .

Assalamu'alaikum .
Seperti biasa ~ Aku nak join giveaway lagi , hehe . . *peace*



Jom join ramai ramai . . da tak banyak masa nie , sebab . .
*jeng jeng jeng*
.
.
.
giveaway nie akan tamat pada 16/02/2013 .


5 orang blogger untuk di tag :
Kak Zarina

# saya tag dorang sebab saya suka sangat singgah blog dorang nie , blog dorg MENARIK xD

Thursday, 14 February 2013

KATAKAN TIDAK !

Bismillahirahmanirrahim ~

Assalamualaikum , sahabat .

Haa ? Katakan tidak pada apew ? Pada nie haa . .

 

TAHUKAH ANDA MENGAPA UMAT ISLAM DILARANG MENYAMBUT PERAYAAN INI ?
kerana . .
Perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian serta amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan Islam .

APA BUKTINYA ?
 Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih , ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih .
Nak lebih terperinci ? Korang baca kat SINI .
 




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

Wednesday, 13 February 2013

SIMPLE GIVEAWAY AISYAH HUMAIRA'

Assalamu'alaikum .
Menggelabah nak buat entry nie , padan muka aku , hari tuw tengok giveaway nie akan tamat 
pada 16/02/13 . . nasib baik tadi terbaca nie haa . .

MAKLUMAT TERKINI !!!
GIVEAWAY TERPAKSA DITUTUP TERLEBIH AWAL KERANA LEBIH 100 BLOGGERS YANG TELAH JOIN, MANAKALA PEMENANG YANG DICARI CUMA 41 PEMENANG. GIVEAWAY AKAN BERAKHIR PADA HARI INI [13/2/2013] JAM 12 TENGAH MALAM & PEMENANG AKAN DIUMUKAN PADA 14/2/2013.

 Kelam kabut aku buat entry nie haa . .
 
 


Tuesday, 12 February 2013

MANUSIA YANG PERLU DIJAUHI .

Bismillahirahmanirahim .

Assalamu'alaikum .
Maii baca 4 kumpulan manusia yang perlu dielakkan daripada dijadikan kawan .

ORANG YANG JAHIL , kerana engkau tidak akan memperoleh sebarang kebaikan daripadanya . Dia tidak akan memberi manfaat kepadamu , sebaliknya dia akan memudaratkanmu disebabkan kejahilannya itu .

ORANG YANG KEDEKUT , kerana dia akan menghampakan harapanmu ketika engkau memerlukan sesuatu .

PENGECUT , kerana dia akan menyerahkanmu kepada musuh atau bahaya sedangkan dia lari meninggalkanmu untuk menyelamatkan dirinya .

ORANG YANG FASIK DAN MUNAFIK , kerana boleh jadi dia akan menjualmu untuk sesuap makanan atau lebih sedikit daripada itu .

Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan di atas , aamiin ~



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

Monday, 11 February 2013

SEGMEN : "Saya Blogger Peramah !"

Assalamu'alaikum .
Hari nie kerja aku dok bersegmen jew , hehe , bukan selalu kan , it's ok :)



Dia MANGSA aku , Truffle Lulu (kami sepupu) xD

Jom join ramai ramai , mudah jew , inginkan maklumat lebih lanjut ? Tekan pada banner.
Tarikh tutup segmen nie pada 12 Februari 2013 .


CONTEST BLOG COMEL :)

Assalamu'alaikum .
Dok belek belek blog orang lain , nampak la Contest Blog Comel nie , aku pikir dua tiga kali , 
comelkah blog aku nie ? Takpew la ,  nak join jugak , yang penting aku da mencuba ,
menang atau kalah itu lain crita , yang penting aku berani join contest nie , kih kih kih .



Korang nak join tak ? Cepat tekan kat banner nie .
Contest nie tamat pada 10/03/2013

Paling best , kalau kalau la ada luck kan , boleh dapat hadiah , memang sesuai sangat untuk perempuan , sebab hadiah dia seperti d bawah nie haa . .

Tempat Pertama : Bedak Arab + Celak Arab .
Tempat Kedua : Satu Set Krim Kologen .
 Tempat Ketiga : Bedak Arab .
  Tempat Keempat : Bedak Arab .
Tempat Kelima : Celak Arab .
Tempat Keenam : Celak Arab .
Saguhati : Review 3 Blog .

Tapi kalau lelaki nak join pon boleh , kalau menang boleh bagi kat mak kew , adik perempuan kew , kakak kew , kan kan . . saya sudah join , anda bila lagi ? *kenyit mata* .


SEGMEN TINGKATKAN FOLLOWERS & TRAFIK BLOG .

Assalamu'alaikum .
Lepas jew aku sign in blog , terbaca kat blog buzz . .
'Segmen Tingkatkan Followers & Trafik Blog' .
Apew agy , aku terus pi dekat dashboard blogger tuw .
Nak join , nak join : D


 


Korang nak join jugak ? Jom pergi SINI .

Terima kasih kepada blogger yang menganjurkan segmen nie :)

Sunday, 10 February 2013

Muffin Sri Murni .


Aku penat sangat berjalan hari nie , tapi nak jugak buat entry , hehe . Entry hari nie aku nak resipi pulak , macam kelakar pulak , sebab . . secara jujurnya aku tak suka memasak >.< tapi . . . kalau tang buat kuih kew , muffin kew memang aku suka sangat . Resepi nie aku dapat dari cikgu aku , masa dulu dulu aku msuk Kelab Ekonomi Rumahtangga , tak minat masak masak pun masuk kelab nie jugak kan , biasa la masa dulu dulu semuanya nak ikut kawan .

MUFFIN SRI MURNI

2 1/2 cawan , tepung gandum .
1 cawan , gula pasir .
1 cawan , susu cair .
1 cawan ,  minyak masak .
1 cawan , air panas mendidih .
2 biji telur .
3/4 ATAU 1/2 cawan , serbuk koko .
1 sudu teh , soda bikarbonat .
1 sudu teh , esen vanila .
1 sudu teh , baking powder .

Cara membuat :
1 - Telur dan gula pukul sampai kembang .
2 - Masukkan susu cair , minyak masak dan air panas .
3 - Campurkan tepung gandum dan serbuk koko , soda bikarbonat dan baking powder serta esen vanila .
4 - Masukkan ke dalam acuan dan kukus sehingga 25 minit untuk kukusan pertama dan 20 minit untuk kukusan kedua dan seterusnya . JANGAN BUKA SEHINGGA IANYA MASAK .


Senang kan kan ? Sesuai sangat bagi sesiapa yang takda oven kat rumah tuw , macam aku xD
Kalau nak lebih sedap , serbuk koko tuw korang guna jenama 'Van Houten' dan korang tambah chocolate chips , memang sodappp . (Ini hanya cadangan aku , sebab aku selalu buat macam tuw)



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

Saturday, 9 February 2013

PANDUAN MEMILIH KAWAN .


Assalamu'alaikum , kawan .
Hari nie aku nak kongsi ngan korang , macam mana nak pilih kawan .
Hari tuw aku baca buku , boleh la kongsi ilmu ngn korang kan .
Aku pun nak jadi kawan yang baik , InshaaAllah . .
Teruskan membaca ~

"Seseorang itu mengikut agama (perjalanan) temannya . Oleh itu , kamu hendaklah memerhatikan siapa yang hendak dijadikan teman" . (HR Muslim)

Jika kamu ingin berteman , maka bertemanlah dengan :
  1. Orang yang apabila engkau melayannya , nescaya dia menjagamu .
  2. Apabila engkau menemaninya , dia mempertimbangkan penghargaan kepadamu .
  3. Jika engkau memerlukan perbelanjaan , dia menyediakannya .
  4. Berkawanlah denganorang yang apabila engkau menghulurkan tangan kepadanya dengan suatu kebaikan , dia akan menghulurkan tangannya juga .
  5. Jika dia melihat kebaikan padamu , dia akan menghargainya dengan seikhlas hati .
  6. Jika dia melihat keburukan padamu , dia akan menutupnya .
  7. Berkawanlah engkau dengan orang yang apabila engkau meminta , dia akan memberi .
  8. Jika engkau diam , dia memulakan bercakap denganmu .
  9. Jika engkau ditimpa bencana , dia akan menolongmu .
  10. Berkawanlah dengan orang yang apabila engkau bercakap , dia membenarkan perkataanmu .
  11. Jika engkau berdua saling berusaha tentang sesuatu perkara , dia mementingkan urusanmu .
  12. Jika engkau berdua berselisih faham , dia akan mengutamakanmu .


Sahabat Dunia Akhirat :)


"Sesungguhnya ALLAH mengutus aku kepadamu untuk mengkhabarkan bahawa ALLAH mencintaimu kerana cintamu kepada temanmu itu dan DIA telah memastikan syurga untukmu" . (HR Muslim daripada Abu Hurairah)


Sebagai peringatan , sebelum kita memilih kawan , kita juga perlu menilai diri terlebih dahulu , kalau nak dapat kawan yang baik , kita pon kena jadi baik dulu , betul tak ? :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

Friday, 8 February 2013

OH DOODLE :D

Assalamu'alaikum , kawan-kawan .

Ohh doodle ~
Aku da jatuh cinta dengan doodle doodle nie .
Korang tahu tak doodle tuw apew ? 
Doodle tuw cartoon yang macam kat bawah nie haa . .


Comel kan ? Aku suke sangat dengan doodle sebab semuanya comey comeyy :D
Korang nak jugak ? Kalau korang nak , pegi dekat SINI .
Pelbagai jenis doodle ada kat situ , ada perempuan yang bertudung labuh , berniqab , 
free hair , hulk , ironman , kucing , doodle lelaki pon ada taw, nak senang cakap , 
macam-macam adaaa xD


Credit to : Hafizzi Aziz @ Apit .

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

Wednesday, 6 February 2013

KENDALIKAN PERASAAN ANDA .

Assalamu'alaikum , sahabat .

Aku nak tanya nie , korang pernah marah ? Soalan apew la nie kan , haha , mesti pernah kan ? Takkan sikit pon takde , haa , tak baik tipu , please be honest ! Ececehh xD
 Bila korang marah , korang buat apew ehh ? 

Tumbuk dinding ?
Memaki makian ?
Baling-baling barang ?


Ada macam nie tak rupa korang ? Astagfirullah ~ banyakkan istighfar .

Ish ish ish . . mari ubah semua tuw , bila marah lebih baik kita
Ber'uzlah (mengasingkan diri) :) 
Aku rasa mengasingkan diri nie jalan terbaik daripada kita mengeluarkan kata-kata kesat dan  mencederakan diri . 'Uzlah yang terbaik adalah dengan membaca buku , dari mana aku dapat tahu semua nie ? Dari sesuatu objek yang bernama BUKU laa . See ! Betapa pentingnya buku pada kita . 
 Korang nak tahu apew kebaikan ber'uzlah nie ?

Meraih ketenangan .
Menjaga harga diri  .
Menjauhkan diri dari mencela orang lain .
Menenangkan fikiran .
Mendidik diri agar bersabar .
Mempunyai waktu untuk musahabah diri .
Mematangkan cara berfikir .
Mendekatkan diri dengan Allah .

Actually banyak lagi manfaat dari ber'uzlah nie taw , malas nak tulis banyak banyak , hehe . Kalau aku marah , aku akan diam dan mengasingkan diri , so kalau aku diam secara tiba tiba tuw paham paham la yew , *peace* :D

FAKTA :
Bila seseorang sedang marah , emosinya sukar di kawal , dan itu membuatkan dia mudah memaki sesiapa sahaja , seluruh isi hati tertumpah ruah dan akan cenderung untuk bertindak mengikut nafsu . Oleh itu , kita kena bersabar , kenapa ehh ? Sebab . . .


Sabar itu Indah :)


Bersabarlah ! Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan Allah , orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali , orang yang mengharapkan pahala dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa . Sesungguhnya keindahan akan datang setelah kesabaran .




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

Tuesday, 5 February 2013

UNTUNGNYA MENJADI PEREMPUAN :)

Assalamu'alaikum , sahabat . .

Hari nie aku nak share ngan korang pasal untungnya kita menjadi perempuan , yang lelaki jangan jealous yew , memang cerita nie pasal perempuan jew >,< , kenapa untung ? Mungkin ada yang cakap 'perempuan banyak benda yang kena jaga , mesti sopan santun , kena tutup seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan , lecehh laa' . . haa , tak leceh pon , meh baca kat bawah nie .

Paras rupa perempuan cantik , tak bersolek pon cantik (ciptaan Allah semuanya cantik-cantik kan , subhanAllah) .
Perempuan wajib taat kepada lelaki (suami) tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang perempuan ? 
Perempuan menerima pusaka  kurang daripada lelaki (suami) tetapi hartanya itu menjadi milik peribadi dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya . Manakala , lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak .
Perempuan (ibu) bersusah payah mengandung dan melahirkan anak , tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan , malaikat dan semua makhluk ALLAH di muka bumi ini . 
Perempuan (isteri) yang taat kepada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH , akan menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata . 
Di akhirat kelak , tanggungjawab seorang perempuan ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu suami , ayah , anak lelaki dan saudara lelakinya .


Sebaik-baik perhiasan adalah perempuan solehah :)


Sumber : Novel Kerana-MU Aku Berubah .


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)