Thursday 21 February 2013

Kuih Koci Pulut Hitam :)


Hari tuw makcik aku buat Kenduri Doa Selamat . . kami tak guna khidmat catering, malah kami masak beramai - ramai bersama keluarga , saudara mara , memang riuh la rumah nenek masa tuw . Jimat duit kan ? Bukan tuw jew , boleh merapatkan hubungan kekeluargaan juga . Makcik aku yang ajar buat kuih koci nie masa tuw . First time kan , rasa macam taknak berhenti woo . . HAHA . Sebelum aku membebel lebih panjang lagi , maii la kita tengok cara buat kuih koci pulut hitam nie .

KUIH KOCI PULUT HITAM

Gambar nie amek kat pakcik google , sebab masa tuw tak sempat nak ambik gambar .
 

300 g tepung pulut hitam .
100 g tepung pulut .
Garam (ikut citarasa masing-masing nak letak banyak mana)
Daun pisang secukupnya .

Bahan-bahan inti :
1/2 biji kelapa parut .
1/2 cawan gula merah .
Garam (ikut citarasa nak letak banyak mana)

Cara membuatnya : 
1 - Gaul bahan-bahan inti hingga sebati . Panaskan kuali dan masak inti . Angkat dan sejukkan .
2 - Bancuh tepung pulut hitam , tepung pulut dan garam . Uli sehingga adunan lembut . 
3 - Ambil sedikit adunan tepung . Gentel bulat dan leperkan . Letakkan inti dan bulatkan semula . Celupkan di dalam minyak masak dan bungkus menggunakan daun pisang . Kukus sehingga masak .

Nota :
Kami tidak menggunakan santan . Fungsi dicelupkan dalam minyak masak adalah bagi megelakkan kuih ini daripada melekat dengan daun pisang apabila siap kukus nanti .


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

No comments:

Post a Comment

Sia Tinggalkan Komen Anda , Terima Kasih :)