Saturday 9 February 2013

PANDUAN MEMILIH KAWAN .


Assalamu'alaikum , kawan .
Hari nie aku nak kongsi ngan korang , macam mana nak pilih kawan .
Hari tuw aku baca buku , boleh la kongsi ilmu ngn korang kan .
Aku pun nak jadi kawan yang baik , InshaaAllah . .
Teruskan membaca ~

"Seseorang itu mengikut agama (perjalanan) temannya . Oleh itu , kamu hendaklah memerhatikan siapa yang hendak dijadikan teman" . (HR Muslim)

Jika kamu ingin berteman , maka bertemanlah dengan :
  1. Orang yang apabila engkau melayannya , nescaya dia menjagamu .
  2. Apabila engkau menemaninya , dia mempertimbangkan penghargaan kepadamu .
  3. Jika engkau memerlukan perbelanjaan , dia menyediakannya .
  4. Berkawanlah denganorang yang apabila engkau menghulurkan tangan kepadanya dengan suatu kebaikan , dia akan menghulurkan tangannya juga .
  5. Jika dia melihat kebaikan padamu , dia akan menghargainya dengan seikhlas hati .
  6. Jika dia melihat keburukan padamu , dia akan menutupnya .
  7. Berkawanlah engkau dengan orang yang apabila engkau meminta , dia akan memberi .
  8. Jika engkau diam , dia memulakan bercakap denganmu .
  9. Jika engkau ditimpa bencana , dia akan menolongmu .
  10. Berkawanlah dengan orang yang apabila engkau bercakap , dia membenarkan perkataanmu .
  11. Jika engkau berdua saling berusaha tentang sesuatu perkara , dia mementingkan urusanmu .
  12. Jika engkau berdua berselisih faham , dia akan mengutamakanmu .


Sahabat Dunia Akhirat :)


"Sesungguhnya ALLAH mengutus aku kepadamu untuk mengkhabarkan bahawa ALLAH mencintaimu kerana cintamu kepada temanmu itu dan DIA telah memastikan syurga untukmu" . (HR Muslim daripada Abu Hurairah)


Sebagai peringatan , sebelum kita memilih kawan , kita juga perlu menilai diri terlebih dahulu , kalau nak dapat kawan yang baik , kita pon kena jadi baik dulu , betul tak ? :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

No comments:

Post a Comment

Sia Tinggalkan Komen Anda , Terima Kasih :)