Tuesday, 19 February 2013

Utamakan Kesihatan ! :)

Berat badan da naik ? Tunggu apew lagi . . jom BERSENAM ! 
Bila sebut pasal bersenam . . mesti dalam fikiran 'untuk orang gemuk jew tuw , da kurus buat apew nak bersenam lagi ~' . Ish ishh . . ubah fikiran kita , sebab bersenam nie bukan hanya untuk orang gemuk yang nak kurus jew taw , banyak lagi kebaikannya . . baca kat bawah.


KEBAIKAN BERSENAM :
  • Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot .
  • Menguatkan otot jantung dan meningkatkan perjalanan sistem salur darah .
  • Membantu sistem penghadaman dan perkumuhan .
  • Meningkatkan koordinasi antara saraf dengan otot .
  • Mengekalkan berat badan ideal .
  • Menyumbang kepada postur dan penampilan diri .
  • eningkatkan produktiviti dari segi fizikal dan mental .
  • Mengawal penyakit kronik seperti diabetes , jantung dan hipertensi .
  • Menguatkan dan mengekalkan bentuk tulang dalam badan .
  • Mengurangkan risiko / osteoporosis .

1 , 2 . . 1 , 2 , 3 . . > <

See ! Kucing pon bersenam tahu . . nie pulak kita manusia , jangan ada penyakit M , sila buang penyakit M .
M = MALAS . Ehh . . sabar sabar . Jangan bersenam lagi . . meh baca dulu panduan bersenam . Kang tak pepasal patah seribu tulang korang tuw , amboii miela , ayat hiperbola ! Hehe xD


PANDUAN SENAMAN :
  • Memanas dan menyejukkan badan sebelum dan selepas bersenam .
  • Memakai pakaian yang ringan dan longgar .
  • Memakai kasut yang sesuai dan selesa .
  • Banyakkan minum air selepas bersenam .
  • Jangan bersenam jika anda berasa tidak sihat .
  • Jangan bersenam ketika cuaca panas , gelap atau adanya pencemaran udara .
  • Jangan bersenam dalam dua jam selepas makan .
  • Jangan mandi selepas bersenam , mandi setelah badan anda berasa sejuk dan peluh telah kering .
  • Berhenti segera jika anda berasa semput dan sakit dada ketika bersenam .

Are you ready ? Da baca semua sekali ? Ok , sekarang anda dibenarkan bersenam :D


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca ! Sekadar Untuk Berkongsi :)

No comments:

Post a Comment

Sia Tinggalkan Komen Anda , Terima Kasih :)